Dakwah merupakan aktiviti membawa manusia untuk
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Membawa
manusia ke arah kebahagiaan memerlukan pendekatan dan
strategi tertentu mengikut keperluan sasarannya yang memiliki
psikologi yang pelbagai. Oleh itu, buku ini merupakan rujukan yang
penting untuk dimiliki oleh para pendakwah dan masyarakat yang
ingin memahami psikologi sasaran dan pendekatan dakwah yang
sesuai untuk mereka. Pendekatan psikologi dalam menyampaikan
dakwah yang diajukan oleh buku ini adalah pendekatan dakwah
melalui attention, melalui saluran motif, layanan emosi, melalui
peneguhan, melalui status, pembinaan personaliti yang mantap
dan pembinaan sosial. Antara sasaran yang memerlukan
pendekatan dakwah melalui psikologi ini antara yang dikemukakan
oleh buku ini ialah kanak-kanak, remaja, warga emas, orang kurang
upaya dan banduan. Penggunaan bahasa yang mudah menjadikan
buku ini sesuai untuk rujukan para pendakwah, pelajar dan
pengkaji ilmu-ilmu dakwah.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: