Buku ini membincangkan mengenai
realiti percanggahan dan kesamaran
dalam hadis yang juga dinamakan
sebagai mukhtalif dan musykil alhadith.
Antara topik utama yang dibincangkan
dalam buku ini ialah teori berkaitan
mukhtalif dan musykil al-hadith, sejarah
perkembangannya, karya-karya penulisan
yang pernah dihasilkan dan kaedah para ulama
dalam mengharmonikan percanggahan dan
merungkai kesamaran dalam hadis.
Bab akhir buku ini membincangkan
secara tuntas mengenai hadis-hadis yang
mengandungi kesamaran (musykil al-hadith)
seperti kisah lelaki yang mewasiatkan dirinya
untuk dibakar, bulan terbelah dua, perintah
membunuh anjing hitam, daging tidak
membusuk dan dosa Hawa, demam panas
daripada wap api neraka, matahari sujud di
bawah arash, minum air kencing unta, nabi
disihir, nabi Musa menampar malaikat maut,
pengaruh al-‘ain, solat di kandang kambing
dan kandang unta, Sungai Nil dan Sungai Furat
dari syurga, syaitan bergerak dalam aliran
darah manusia, tanduk syaitan, Nabi Ibrahim
berdusta, ramai wanita penghuni neraka dan
kesialan pada wanita, rumah dan kuda.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: