Kehidupan sebagai banduan bukanlah mudah, terutama apabila
mereka keluar daripada penjara dan berhadapan dengan
masyarakat yang memiliki pelbagai persepsi negatif terhadap
mereka. Sebelum ke penjara pula, mereka hidup bebas mengejar
keduniaan dan menyelesaikan permasalahan hidup yang pelbagai
sehingga tiada masa untuk mengingati tujuan kehidupannya sebagai
Muslim. Akibat tidak SABAR menghadapi mehnah kehidupan serta
lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah yang Maha Pencipta,
mereka melakukan kesilapan sehingga terjerumus ke lembah jenayah
dan dipenjarakan. Namun, apabila tinggal di penjara, kehidupan
mereka mula berubah. Disiplin dan peraturan menjadi akuran
hidup. Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama para agamawan
intelek universiti tempatan telah membangunkan modul khas untuk
dijadikan panduan para guru agama penjara melebarkan sayap
dakwah mengembalikan fitrah mereka sebagai muslim. Sepanjang
menjalani hidup dengan program keagamaan, mereka membina
kekuatan belajar cara hidup beragama bermula dari awal pagi hingga
malam. Kehidupan mereka penuh dengan pengisian ibadah dan
ilmu, sehingga ada banduan yang mampu menghafaz al-Quran
dan membaca al-Quran secara bertarannum. Buku ini merupakan
hasil kajian yang melihat penerimaan banduan terhadap program
keagamaan dalam modul halaqah dan bagaimana program tersebut
membina kendiri banduan, terutama banduan wanita. Semoga buku
ini bermanfaat untuk para pendakwah, pengkaji dan individu yang
meminati keluasan ilmu terutama memahami pendekatan dakwah
terhadap banduan.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: