Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Hadis merupakan sumber terpenting dalam perundangan
agama Islam selepas al-Quran. Peranan utama hadis
adalah menghuraikan kandungan al-Quran yang telah
diperagakan oleh Rasulullah SAW dalam sudut kehidupannya.
Setiap hadis yang disampaikan oleh Baginda SAW akan diamalkan
dan dipelihara sebaik-baiknya oleh golongan para sahabat. Baginda
SAW menyampaikan hadis kepada para sahabat dengan pelbagai
metode supaya tinggi tahap keberkesanannya. Para sahabat yang
menerima hadis daripada Baginda SAW akan menyampaikan
hadis kepada para tabi’in dengan metode yang disebut sebagai
thuruq tahammul al-hadith wa shiyagh adaa al-hadith. Seterusnya
para tabi’in juga menggunakan metode-metode yang sama
dalam menyampaikan hadis kepada para atba’ tabi’in. Amalan ini
berterusan sehinggalah hadis yang berasal daripada Baginda SAW
terus terpelihara sehingga kini. Umumnya kita perlu berterima kasih
kepada muhaddithin terdahulu kerana bertungkus-lumus dalam
mempertahan survival hadis.
Buku ini menyentuh secara ringkas berkaitan thuruq tahammul
al-hadith wa shiyagh adaa al-hadith yang merupakan antara
cabang daripada ilmu musthalah al-hadith. Terdapat lapan (8)
metode penerimaan dan penyampaian hadis yang digunakan
oleh muhaddithin terdahulu dihuraikan pada tahap asas
untuk kefahaman segenap peringkat pembaca. Buku ini juga
menghuraikan dua puluh lapan (28) kaedah yang digunakan
oleh Baginda SAW dalam menyampaikan hadis kepada para
sahabat. Selain itu, adab-adab sebagai pengajar dan pelajar hadis
turut dikupas sebagai panduan untuk mencontohi akhlak terpuji
muhaddithin terdahulu. Sesuai dimiliki oleh semua peringkat
penuntut ilmu terutamanya bagi pelajar dalam jurusan ilmu hadis
dan mereka yang meminati bidang ilmu hadis.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: