Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Demokrasi tidak hanya datang membawa pilihan raya. Sebaliknya, sistem ciptaan Barat ini datang bersama idea kemajuan yang mencabar peranan agama dengan mengagungkan proses rasionalisasi, konsep kekayaan material, pembebasan daripada kongkongan adat, pemisahan politik daripada agama serta kemampuan sains dan teknologi yang berjaya membekalkan manusia dengan keupayaan untuk menguasai dirinya dan alam sekeliling. Mana-mana negara yang menerima demokrasi tetapi menolak idea kemajuan ini akan dianggap tidak membawa aspirasi asal Barat. Dalam perkembangan lain, penyertaan parti Islam atau Islamis dalam proses demokrasi melalui pilihan raya bukan lagi fenomena baharu. Kini bukan lagi persoalan mahukah kumpulan Islamis menerima demokrasi sebagai saluran mendapatkan kuasa politik kerana mereka sudah pun menyertainya. Akan tetapi persoalan yang lebih penting adalah apakah mereka bersedia menerima demokrasi itu melampaui penyertaan dalam pilihan raya?
    Buku ini cuba memperhalusi dan membincangkan persoalan Islam dan Demokrasi dari segi teori dan praktikal. Menariknya, perbincangan tersebut dijayakan oleh beberapa penulis prolifik dari Malaysia dan Indonesia dengan huraian yang menarik lagi segar. Memandangkan Malaysia dan Indonesia dianggap sebagai negara demokrasi Muslim paling berjaya dan terbesar di dunia, fokus buku ini lebih menjurus kepada permasalahan hubungan Islam dan demokrasi di kedua-dua buah negara tersebut.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: