Dalam mengenali selok-belok hukum Islam,
pengetahuan tentang sejarah pertumbuhan
dan pembinaannya amat penting. Hakikat ini,
bagaimanapun, tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya dalam tradisi pengajian Hukum Islam di negara kita
ini. Penumpuan yang lebih telah dibuat dalam memahami teksteks
hukum secara yang terpisah dari latar belakang hukum
itu sendiri difatwakan oleh para fuqaha berkenaan. Hasilnya
pemahaman terhadap hukum agak dangkal di samping muncul
pula berbagai-bagai pegangan hukum yang tidak sebenarnya
tidak sesuai dengan keadaan dan masa.
Buku Sejarah Pembinaan Hukum Islam ini bertujuan untuk
membetulkan kesilapan tersebut. Buku ini mengandungi
keterangan mengenai bagaimana bertumbuh dan
berkembangnya metodologi para fuqaha dalam memahami
hukum dari al-Quran dan as-sunnah dan bagaimana kaedah ini
berbeza di antara satu sama lain sama ada pada zaman yang
sama patah lagi pada zaman yang berbeza.
Meskipun pada asasnya buku ini ditulis untuk para pelajar
yang mengambil kursus Sejarah Hukum Islam namun buku ini
diharap dapat memberi panduan dan maklumat yang berguna
kepada masyarakat umum juga, terutama mereka yang
mempunyai asas yang munasabah tentang hukum Islam, lebihlebih
lagi di dalam mengenali apakah sebenarnya yang dikatakan
perbezaan mazhab di dalam pengajian hukum Islam.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: