Buku ini membincangkan beberapa konsep penting yang berkait rapat dengan
persoalan jihad berdasarkan al-Quran dan penjelasannya menerusi hadis
Rasulullah s.a.w. dan sumber-sumber lain yang sahih.
Sesungguhnya persoalan jihad dikemukakan dengan begitu jelas oleh al-
Quran dan ajarannya telah direalisasikan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang
tempoh kerasulannya. Segala kekaburan yang berkaitan dengannya dapat
disingkap dengan mudah menerusi dua sumber itu dan tidak sepatutnya disalah
anggap oleh sesiapa, khususnya masyarakat non-Muslim. Ini kerana konsep jihad
yang dicanangkan oleh al-Quran adalah berasaskan salam perdamaian, proses
mempertahankan hak, memartabatkan umat, dan usaha menegakkan kebenaran.
Konsep jihad dalam erti kata yang sebenar amat perlu difahami khususnya
oleh umat Islam, yang mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam
daripada sebarang ancaman. Prasangka dan tuduhan tidak berasas sudah lama
dilemparkan terhadap Islam dan ajaran Nabi Muhammad, seperti yang dilakukan
oleh al-Walid bin al-Mughirah pada zaman nabi dan diperbaharui semula oleh
orientalis pada zaman kini seperti Jerry Fallwell, Franklin Graham, Pat Roberston,
dan lain-lain. Tuduhan jahat yang dikemukakan oleh mereka, sebahagiannya
berpunca daripada salah faham terhadap konsep jihad dan konsep prejudis
terhadap ajaran Islam itu sendiri.
Sehubungan dengan itu buku ini memberi penekanan kepada beberapa
konsep penting yang berkait rapat dengan jihad dan tafsirannya secara khusus
dari perspektif al-Quran.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: