Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Autoriti Hadis: Menangani Gerakan Antihadis ini merupakan gabungan usaha empat ahli akademik yang mempunyai pengkhususan dalam bidang ilmu hadis. Terdapat sebelas topik yang dirangkumkan dan diutarakan berkisar tentang autoriti hadis. Matlamat utama buku ini untuk menjelaskan autoriti hadis Rasulullah SAW sebagai rujukan berautoriti selepas al-Quran kepada umat Islam. Beberapa aspek autoriti hadis diberi penekanan meliputi aspek kedudukan, peranan dan sejarah perkembangan hadis. Selain itu, topik isnad hadis, karya dan metodologi muhaddithin dapat menjelaskan kepada pembaca berhubung autoriti hadis dalam Islam. Menyedari cabaran dan serangan berterusan musuh Islam terhadap autoriti hadis, fokus turut diberikan tentang topik berkaitan kedudukan dan implikasi hadis mawdu, israiliyyat dalam pengajian tafsir dan sunah, gerakan orientalisme, sejarah antihadis, metode imam Syafii dan perkembangan semasa berhubung antihadis di negara ini. Ulasan dan analisis dalam topik-topik yang diutarakan berupaya memberi penjelasan berhubung perkembangan antihadis dan usaha yang dilakukan dalam menangani serangan musuh Islam.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: