Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini memaparkan konflik pemikiran Imam Abu Hanifah dengan Imam Syafii, sebagai kelanjutan perbezaan pemikiran dalam kalangan para sahabat selepas wafatnya Rasulullah SAW. Bermula antara Ibnu Abbas yang bermarkas di Madinah yang melahirkan Ahlu al-Hadith dan Imam Syafii sebagai ikonnya dengan Ibnu Mas’ud di Iraq yang melahirkan Ahlu al-Ra’y dan Imam Abu Hanifah sebagai ikonnya. Apabila Imam Syafii secara terbuka mengharamkam dan membatalkan metode istihsan sebagai metode berfikir Imam Abu Hanifah, ternyata memberikan pengaruh konflik yang luar biasa terhadap para pengikut mereka. Imam al-Jassas pengikut mazhab Hanafi, mengkritik Imam Syafii dengan mengatakan: “pada dasarnya Imam Syafii tidak memahami hakikat istihsan yang sebenarnya”; kemudian Imam Syafii dibela oleh Imam Ghazali yang mengatakan: ”Imam Syafii mengatakan sesuatu perkara yang tidak mengerti apa yang beliau ungkapkan, itu perkara mustahil’’. Daripada pergolakan pemikiran tersebut melahirkan tiga sejarah perkembangan hukum Islam: Zaman Kejayaan, Zaman Kemunduran, dan Zaman Kebangkitan. Perbincangan buku ini juga memaparkan pelbagai faktor yang menjadi punca konfllik kedua-dua pemikiran. Di samping itu menganalisis secara objektif manhaj al-fikr (metode berfikir) yang mana lebih baik dan relevan untuk diimplementasikan dalam menghadapi konflik radikalisme dan liberalisme di tengah arus globalisasi dan pembangunan teknologi. 
    Keistimewaan buku ini mampu memaparkan kompromi antara konflik pemikiran Imam Abu Hanifah dengan pemikiran Imam Syafii. Belum ada lagi ilmuwan cuba mengkaji dengan terperinci secara akademik yang mampu merumuskan kompromi antara kedua-dua imam tersebut. Sehinggalah penulisan buku ini menemukan teori, bahawa manhaj al-fikr Imam Abu Hanifah dengan manhaj al-fikr Imam Syafii seperti dua sayap yang boleh membangunkan suatu peradaban.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: