Buku ini mengupas tentang konsep kemiskinan multidimensi yang meluaskan definisi kemiskinan daripada hanya melihat pada aspek kewangan kepada pelbagai aspek lain yang mempengaruhi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, pendekatan tradisional dalam pengukuran kemiskinan yang berfokus pada elemen kewangan semata-mata telah menimbulkan pelbagai isu seperti kelemahan dalam sistem pengukuran, ketidakseragaman dalam sistem pengiraan pendapatan garis kemiskinan dan ḥad al-kifāyah serta ancaman faktor persekitaran terhadap kesejahteraan hidup. Justeru, buku ini bertujuan untuk menjelaskan keperluan pembangunan pengukuran kemiskinan multidimensi berteraskan Islam, membangunkan indeks kemiskinan multidimensi berteraskan Islam (i-MPI) untuk mengukur insiden kemiskinan di Malaysia serta menilai tahap kebolehgunaan indeks ini sebagai instrumen pengukuran kemiskinan. Penulisan buku ini juga telah menjelaskan terdapat keperluan untuk menyemak semula definisi kemiskinan di Malaysia berdasarkan beberapa faktor utama dan memperkenalkan Indeks Kemiskinan Multidimensi Berteraskan Islam (i-MPI) yang terdiri daripada lima dimensi utama dengan 18 indikator yang berlandaskan prinsip Islam. Selain itu, penulisan buku ini menjelaskan tahap kebolehgunaan yang tinggi dari segi ketepatan, aplikasi, kesesuaian, pengenalpastian, dan kelengkapan untuk diimplementasikan dalam mengukur kemiskinan. Oleh yang demikian, buku ini berpotensi untuk memberikan implikasi yang baik terhadap teori, metodologi dan penggubalan polisi dengan tujuan untuk menaik taraf pengukuran kemiskinan di Malaysia melalui metodologi yang lebih bersistematik. Ia juga bertujuan untuk menyediakan panduan dan rujukan yang berguna bagi penggubalan polisi pada masa depan dalam menangani isu kemiskinan di Malaysia.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: