Karya agung ini merupakan sebuah karya intelektual yang terhasil daripada usaha penyelidikan yang komprehensif dan kritis terhadap data korpus klasik dan kontemporari meliputi diskusi dan integrasi al-Quran dan saintifik moden. Perbincangan serta penemuan baharu yang paling menarik dalam karya ini ialah bukan sekadar membincangkan konsep terkini dan tema utama mengenai penelitian alQuran dan penerokaan saintifik moden, malah memandu para pembaca dan pengkaji memahami manhaj terbaik bersumberkan kaedah al-Ma’thur, ijtihad para ulama klasik dan moden, ahli tafsir serta kesarjanaan sains islam moden dalam memahami ayat-ayat al-Quran selaras dengan perkembangan dan penerokaan ilmu pengetahuan semasa. Metode yang sahih dan tepat dalam memahami dan mengintegrasikan disiplin ilmu al-Quran dan saintifik moden ini amat penting agar kajian teori dan praktikal yang dilakukan selaras dengan maqasid al-Quran dan mencapai tujuan sebenar penurunan al-Quran, malah dalam masa yang sama implimentasi intelektual ini juga menyerlahkan kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW dan kemukjizatan al-Quran sebagai kitab petunjuk (huda) dan kitab yang diberkati (mubarak), serta berfungsi sebagai alTabyin (menjelaskan), al-I‘jaz, istikhraj al-‘Ilm (penerokaan ilmu baharu) dan al-Hikmah. Mudah-mudahan karya ini menjadi wasilah terbaik dalam memahami dan berinteraksi dengan makna dan rahsia al-Quran. ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, 96:1’.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: