Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Wacana atau discourse secara lazim ditakrifkan oleh
pengamalnya daripada dimensi struktur, fungsi, dan idealisasi
sama ada secara terpisah atau bersepadu. Daripada dimensi
bentuk, wacana adalah unit linguistik yang lebih besar daripada
klausa yang mempunyai suatu idea yang jelas dan teratur. Daripada
dimensi fungsi, wacana adalah bahasa gunaan sebenar manusia
untuk melangsungkan bermacam-macam tujuan, seperti menghujah,
memujuk, mendidik, berpolitik, berdiplomasi, beribadat, berkasih
sayang, mengesahkan sesuatu urusan, memulakan atau menamatkan
sengketa, dan mengubah pandangan dunia. Daripada dimensi idealisasi
pula, wacana ditakrifkan sebagai wadah manusia menyirat ideologi,
kepercayaan, doktrin, nilai, identiti, kuasa,sikap, dan sebagainya.
Hakikatnya, wacana adalah manifestasi cara bahasa beroperasi dan
dioperasikan oleh manusia dalam urusan kehidupan. Dengan demikian,
wacana adalah gambaran cara manusia bertindak dan representasi
terhadap dunia, sambil membina identiti dalam konteks sosial, ekonomi,
politik, dan rohani.
Wacana adalah bahan sedia ada dan sedia guna yang tepat dan
asli untuk dijadikan data kajian bagi memahami bahasa penggunaan
sebenar. Buku Praktis Analisis Wacana ini adalah sebahagian usaha
memahami dan menghuraikan bagaimana wacana berfungsi dan
digembleng oleh manusia dalam bertindak dan representasi terhadap
dunia dalam beberapa urusan kehidupan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: