Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

PENERBIT lazimnya membabitkan diri dalam perniagaan buku untuk mendapat untung. Untuk mencapai matlamat ini, dasar dan amalan kerjanya disesuaikan supaya setiap modal yang dilaburkan akan mendapat pulangan yang munasabah. Namun, apabila penerbit terpaksa memikul tanggungjawab sosial semata-mata kerana sifatnya sebagai organisasi kerajaan, maka matlamat komersil dan tanggungjawab sosial itu harus diseimbangkan supaya pada akhirnya nanti kedua-duanya akan tercapai. Dewan Bahasa dan Pustaka membuktikan bahawa tugas memenuhi kedua-dua matlamat itu bukanya mudah, malahan terlalu berat sehingga menjejaskan reputasinya sebagai badan penerbit yang seharusnya dihormati. Di samping membincangkan amalan dalam penerbitan, buku ini juga menyentuh pemasaran dan pengedaran buku di Malaysia. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh penuntut-penuntut dalam bidang penerbitan dan mereka yang punya minat untuk menambah ilmu dalam bidang penerbitan dan pemasaran buku tempatan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: