Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Sarawak menghadapi ancaman keselamatan daripada komunis dari pra merdeka sehingga pasca merdeka. Bagaimanapun, ancaman komunis dapat diredakan apabila Memorandum Persefahaman ditandatangani pada tahun 1973 dan diikuti dengan pelancaran “Operasi Sri Aman”. Permasalahan komunis akhirnya berjaya diselesaikan oleh kerajaan Sarawak melalui Perjanjian Damai yang dimeterai dengan PKKU pada 17 Oktober 1990. Buku ini membincangkan tentang sejarah gerakan komunis secara menyeluruh di Sarawak.
    Sehubungan itu, buku ini bertujuan untuk menelusuri sejarah gerakan subversif komunis yang bermula di Sarawak pada lewat 1920-an dan berkembang menjadi gerakan bersenjata pada tahun 1960-an sehingga komunis berdamai dengan kerajaan pada Oktober 1990. Perbincangan dalam buku ini memberi tumpuan kepada strategi komunis dan CCO dalam menyebar pengaruh melalui pelbagai kegiatannya kepada masyarakat khasnya orang Cina dan Dayak. Buku ini turut mengupas langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam menyekat penyebaran pengaruh komunis dalam kalangan penduduk dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Selaras itu kerajaan melaksanakan langkah kawalan terhadap kegiatan penduduk dan komunis. Kerajaan juga memberi perlindungan kepada penduduk dan menjalankan langkah memenangi jiwa dan pemikiran penduduk, komunis serta penyokong. Turut dijalankan oleh kerajaan ialah langkah ketenteraan dengan meningkatkan kekuatan pasukan pertahanan dan melancarkan operasi ketenteraan untuk menghapuskan ancaman komunis. Penjalinan kerjasama dengan Indonesia untuk mempertahankan keselamatan di sempadan dan hubungan diplomatik dengan China turut mengekang gerakan komunis di Sarawak. Usaha kerajaan dan pasukan keselamatan serta komitmen daripada penduduk akhirnya dapat menghapuskan gerakan komunis dan memulihkan keamanan Sarawak. Perjanjian Damai yang ditandatangani antara pihak kerajaan dengan PKKU pada 17 Oktober 1990 mengakhiri perjuangan komunis di Sarawak.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: