Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini merupakan satu usaha rintis untuk melihat kesinambungan faktor
yang membawa kepada penguasaan ekonomi British di Tanah Melayu
antara 1500-1957. Sejarah sosioekonomi Malaysia sehingga kini hanya
dikaji mengikut tema-tema yang berasingan tanpa satu kesinambungan faktor.
Kesinambungan ini dikesan dari segi penggunaan instrumen ekonomi bagi
mengintegrasikan ekonomi British. Instrumen yang menjadi pilihan dalam buku
ini adalah dasar perdagangan bebas, institusi pendidikan, institusi penyelidikan
perubatan dan institusi penyelidikan getah. Kesemua instrumen ekonomi
ini dilihat mempunyai perkaitan yang jelas dalam menjamin kelangsungan
pemerintahan British.
Dasar perdagangan bebas dan pelabuhan bebas yang diamalkan
oleh pemerintah Melaka menjadi instrumen yang membantu pelabuhan ini
berkembang pesat pada abad ke-15. Budaya perdagangan bebas yang diganggugugat
oleh Portugis dan Belanda dihidupkan semula pada abad ke-18 dan ke-19
di Negeri-Negeri Selat.
Sesudah berlaku penguasaan politik secara rasmi di Negeri-Negeri Melayu
(NMM) pada 1874, British menubuhkan beberapa institusi sebagai instrumen
ekonomi untuk mengintegrasikan NNM. Institusi pendidikan muncul sebagai
institusi pertama untuk membekalkan guna tenaga bagi mengurangkan
kos untuk merekrut tenaga buruh dalam kalangan pentadbir British. Institut
Penyelidikan Perubatan muncul sebagai institusi yang memainkan peranan
khusus untuk mengawal perkembangan penyakit dan menjamin kesihatan
penduduk. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah adalah sebagai instrumen
yang berjaya mencari kaedah meningkatkan hasil getah bagi kemajuan ekonomi
British. Pendapatan dari industri getah digunakan untuk memajukan kemudahan
infrastruktur dan kemudahan lain bagi mengukuhkan pentadbiran British
sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Buku ini ditujukan kepada pelajar, penyelidik dan pengajar dalam bidang
sejarah, sains politik dan sosioekonomi di institusi pengajian tinggi dan juga
untuk pelajar sekolah menengah atas.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: