Buku ini mengupas perkembangan sejarah India moden sejak
abad ke-18 hinggalah kemerdekaan pada tahun 1947. Pelbagai
aspek sejarah dikemukakan yang merangkumi ekonomi, sosial
dan politik. Selain itu, buku ini turut memaparkan kehidupan ikon
dunia, iaitu Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru. Malah sehingga
kini, tidak ada penulisan bersifat ektensif mengenai kedua-dua
tokoh tersebut di negara ini. Selain itu, pelbagai aspek sejarah turut
dibincangkan sama ada mengenai thugi atau sati mahupun mengenai
“Pemisahan India” yang dianggap sebagai salah satu tragedi
kemanusiaan terbesar dalam abad ke-20.
Buku ini bukan sahaja bermanfaat untuk bacaan dan rujukan
pelajar universiti, malah juga untuk mereka yang berminat dengan
sejarah India dan sejarah Asia abad ke-18 hingga abad ke-20.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: