Peristiwa sungkit berdarah di Sibu pada 3 Disember 1949
merupakan antara episod penting dalam sejarah Sarawak Darul
Hana. Di persada bersejarah ini, tertegaknya pengorbanan empat
patriot Melayu: Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli Amit
dan Bujang Suntong. Selepas meradak perut Duncan Stewart dengan
badik, Rosli dan Rukun 13 dibicarakan dalam mahkamah kolonial yang
diterajui hakim kolonial, dibarisi juri prokolonialis, disergahi pendakwa
kolonial, diburu polis kolonial sembari mendepani saksi-saksi kolonial;
malah paling sadis, tanpa mendapat pembelaan sewajarnya daripada
peguambela profesional. Apakah mereka dibicarakan untuk diadili, atau
mahkamah kolonial diperalatkan untuk membalas dendam terhadap
Rosli dan Rukun 13?
Malangnya, pada zaman kemaharajalelaan penjajah British,
puterabumi antipenjajah ditohmah sebagai pemberontak, pembunuh dan
penjahat. Namun, di sisi generasi anak merdeka, pejuang antikolonialis
dinobatkan sebagai wira negara dan melati bangsa. Mereka sanggup
berkorban nyawa demi memperjuangkan maruah bangsa dan
kemerdekaan nusa daripada dirampas kolonialis Barat. Justeru,
kemerdekaan bangsa dan nusa yang kita kecapi hari ini merupakan hasil
daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: