BUKU INI ditulis sebagai panduan asas dermatologi unutk para pelajar dan doktor perubatan. Setiap jenis penyakit kulit yang terdapat di rantau ini diperjelaskan dengan disertai rajah dan gambar foto yang bersesuaian.
Untuk tiap-tiap bahagian klinikal, ada dimasukkan riwayat alamiah penyakit supaya pembaca dapat menentukan jenis penyakit berdasarkan peringkat-peringkatnya.
Gambar foto yang ditunjukkan menggambarkan kejadian sebenar para pesakit dari sebuah hospital tempatan dan fokus gambar foto menitikberatkan tanda-tanda diagnostik yang dihuraikan dalam buku. Cara rawatan ditulis dengan terperinci supaya para doktor dan pengamal perubatan boleh menjadikannya sebagai panduan.
Oleh sebab terapi topikal amat penting dalam bidang dermatologi maka topik ini dihuraikan secara terperinci dalam satu bab khas. Istilah dermatologi yang digunakan merupakan istilah terbaru yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk membantu pembaca memahaminya dengan lebih jelas lagi, satu senarai golosari bahasa Malaysia-bahasa Inggeris dimasukkan di bahagian akhir buku ini.
Buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan pihak universiti tempatan dan serantau.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: