Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

MENGIKUTI kuliah pergigian memerlukan konsentrasi minda, daya hafalan yang tinggi, dan kemahiran tangan untuk melukis dan mengenal komponen-komponen gigi. Bidang ini mengkehendaki penunut mengikuti kursus pergigian dengan lebih giat dan tekun. 
    Memikirkan betapa luasaya topik pergiggian, pelbagai kaedah pembelajaran telah diusahakan oleh pensyarah dan tenaga pengajar untuk membolehkan penuntut mengikuti kursus teresbut dengan mudah, berkesan, dan penuh yakin. Hasil gabungan cetusan idea dua orang pensyarah daripada Fakulti Pergigian, maka lahirlah sebuah buku panduan pergigian. 
    Anatomi Pergigian, menggunakan pendekatan pembelajaran dengan corak penyampaian yang mudah dipelajari serta diikuti. Teks disusun, diolah dan digarap dengan bahasa yang mudah, ringkas, dan disertakan ilustrasi dan latihan untuk membiasakan penuntut dengan rupa dan struktur terperinci setiap jenis gigi. 
    Tumpuan pembelajaran lebih kepada latih tubi kerana matlamat akhirnya penuntut telah bersedia sepenuhmya untuk mengaplikasikan latihan yang dipelajari ke atas pesakit. 
    Bersesuaian dengan topiknya, buku ini tidak semata dikhususkan untuk kegunaan bakal doktor pergigian, iaitu penuntut universiti, malah audien sasarannya meliputi jururawat pelatih, pensyarah, dan tenaga pengajar dalam bidang yang sama boleh manfaatkan buku ini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: