Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Gerakan mahasiswa di Malaysia merupakan salah satu kuasa pendesak penting selepas kemerdekaan. Namun begitu, kewujudan Akta Kolej dan Universiti (AUKU) 1971 sering kali dianggap melesukan kelantangan dan keaktifan gerakan
itu. Pasca-AUKU, gerakan mahasiswa kerap bermasalah untuk berdiri sebagai entiti yang relatifnya bebas kerana diresapi oleh pengaruh parti-parti politik. Perkembangan sejak lebih sedekad lalu menyaksikan beberapa peruntukan AUKU yang disifatkan mengekang kelantangan gerakan mahasiswa telah dipinda. Transisi rejim Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2020 telah memberi nafas baru buat gerakan mahasiswa di Malaysia. Namun begitu, adakah kesemua pindaan ini telah menjadikan gerakan mahasiswa kembali sebagai gerakan sosial yang disegani? Buku ini menghujahkan pasca pindaan AUKU yang bermula pada 2012 tidak membawa banyak perubahan terhadap gerakan mahasiswa untuk kembali menjadi sebuah badan pendesak yang berwibawa. Merujuk kepada dua kajian kes gerakan mahasiswa di dua buah universiti ulung Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), buku ini mendapati berlakunya penerusan trend berpihak kepada parti politik dalam aktivisme mahasiswa di kedua-dua universiti. Malahan, trend ini dilihat lebih akrab dengan peluang keterbukaan yang tersedia dalam kerajaan PH pada era pasca-PRU-14. Implikasinya memperlihatkan budaya aktivisme gerakan mahasiswa telah berubah daripada mementingkan kesatuan kepada budaya persaingan yang seakan-akan sama dengan praktis parti politik. Pengenduran nilai solidariti dan kesatuan ini sekali gus memperlihatkan kesuraman dalam politik mahasiswa. Justeru, meletakkan fenomena kelesuan yang berlaku semata-mata disebabkan oleh AUKU adalah sesuatu yang boleh diperdebatkan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: