Buku ini bertujuan untuk mengisi kekurangan bahan rujukan dalam Bahasa Melayu bagi bidang Hubungan Antarabangsa. Pada masa yang sama, ia juga adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, terutamanya dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Matlamat utama buku ini adalah untuk membolehkan pembaca memahami teori-teori dan amalan Hubungan Antarabangsa. Buku ini mempunyai beberapa keunikan, antaranya ia mempunyai bab khas yang membincangkan dasar luar Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Selain membincangkan teori-teori Hubungan Antarabangsa dari Barat, buku ini juga memberi tumpuan kepada teori Hubungan Antarabangsa dari perspektif Islam. Di samping itu, buku ini turut membincangkan prinsip-prinsip serta kaedah penyelesaian pertikaian antarabangsa dan undang-undang antarabangsa yang amat relevan memandangkan Malaysia juga terlibat dalam isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: