Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Apakah perkembangan terkini masyarakat Jepun? Apa kesan rantaian perkembangan tersebut? Apakah yang dilakukan oleh rakyat dan kerajaan dalam berhadapan dengan situasi berkenaan? Semuanya terjawab dalam buku ini yang bertajuk Transformasi Sosial Kontemporari Jepun. Isu bertitik tolak dari peningkatan jumlah warga tua dan penurunan jumlah warga muda serta bagaimana ia memberi kesan rantaian kepada keseluruhan masyarakat Jepun. Terdapat tujuh bab dimuatkan dalam buku ini yang dimulai dengan pengenalan tentang transformasi sosial di Jepun dan diikuti dengan peningkatan warga tua dan penurunan warga muda. Kemudian kesan rantaian dibincangkan seperti menyantuni mereka dari segi penjagaan kesihatan dan kebajikan. Penurunan warga muda pula ditangani dengan menggalakkan perkahwinan dan kelahiran. Penurunan kadar kelahiran yang diiringi dengan penurunan jumlah tenaga kerja mendorong inisiatif penyelesaian diperkenalkan dengan kebergantungan kepada teknologi tinggi seperti robotik. Pelbagai lagi perkara menarik dibincangkan dalam buku ini yang membuka perspektif baharu tentang transformasi sosial kontemporari Jepun.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: