Tujuan utama buku ini adalah untuk membantu pelajar dalam bidang ini memahami dan mengetahui dengan jelas prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang menjadi asas penyelidikan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Gaya penulisan dalam bahasa yang mudah, perenggan yang padat, berserta dengan banyak jadual, rajah, dan gambar serta contoh-contoh kajian kes yang disesuaikan. Buku ini dapat membantu pelajar dan penyelidik membina soalan kajian secara menyeluruh, mereka bentuk kajian, mengatur dan menulis projek penyelidikan yang berkualiti berpandukan prosedur dan protokol semasa menjalankan kajian. Contoh-contoh soal selidik, surat memohon kebenaran daripada ibu bapa dan pusat asuhan untuk menjalankan kaji selidik turut disertakan. Kesemua maklumat ini adalah sangat penting sebagai panduan kepada pelajar yang tiada asas penyelidikan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: