Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Falsafah merupakan ilmu utama yang melahirkan bidang-bidang ilmu masa kini. Penyumbang awal falsafah seperti Socrates, Plato dan Aristotle telah menggunakan akal dengan menyeluruh untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Buku karangan Dr Makmor Tumin ini adalah sumbangan pertama dalam Bahasa Melayu yang mendekati secara kritis dan signifikan hasil falsafah terkini. Falsafah masih lagi menjadi tonggak yang melonjakkan kepakaran seseorang cendekiawan ke persada ilmu. Seharusnya buku ini dijadikan rujukan wajib dalam memahami asas falsafah.
Profesor Ulung Rajah Rasiah
Universiti Malaya

_____________________________________________


Falsafah politik seperti juga falsafah barat yang lain, amat berteraskan kepada perdebatan aspek metafizik. Tokoh-tokohnya boleh dibahagikan kepada Kantian, utilitarian, kontraktarian dan Aristotelian yang kemudiannya membentuk beberapa subfalsafah lain seperti egalitarian dan libertarian. Buku ini menghuraikan tentang tokoh-tokoh dari zaman silam sehinggalah ke zaman kontemporari. Semenjak pemikir Greek hinggalah masa kini, ahli falsafah terus berusaha menemukan kesepakatan tentang keadilan sebenar yang mempunyai nilai-nilai sejagat. Karya John Rawls, A Theory of Justice (1971) merupakan antara usaha untuk mengembalikan perbahasan mengenai keadilan sejagat ini dan pandangn beliau mendapat pelbagai respons. Golongan yang menyokong falsafah libertarianisme berhujah bahawa keadilan haruslah berteraskan konsep entitlement iaitu seseorang itu perlu diberikan monopoli terhadap yang dimiliki sebagai haknya. Golongan berpendirian egalitarian berpandangan, untuk memastikan tiada monopoli mana-mana pihak sebarang bentuk milikan itu perlulah diagih secara saksama.
Daripada perbahasan seperti inilah, ahli falsafah terutama yang berteraskan falsafah politik analitik di Amerika Syarikat melanjutkan perbahasan pada masa kini. Sebahagiannya membawa bersamanya falsafah feminisme yang membawa maksud keadilan sebenar adalah mengambil kira peranan wanita. Sebahagian lain mengubah pendekatan keagamaan yang mahukan prinsip kesejagatan yang ada, misalnya Thomastik, dijadikan nilai sebenar. Sementara golongan egalitarian menitikberatkan kepentingan komuniti. Ian Shapiro pula mengambil jalan tengah dengan falsafah separa kontekstualisme dan Burkeanisme demokratik bagi memastikan bukan sahaja semua falsafah politik barat masa kini diambil kira tetapi juga dimensi Kantianisme, utilitarianisme, kontraktarianisme dan Aristotelianisme turut dimasukkan dalam memastikan konsep keadilan sejagat benar-benar dapat memenuhi pandangan semua pihak.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: