Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak dapat lepas dari
dilanda krisis dalam melayari bahtera kehidupan. Krisis adalah
asam garam kehidupan manusia. Kehadirannya tidak dapat
diramal malah terjadi dengan tiba-tiba. Namun demikian, cara atau
kaedah untuk menguruskan krisis perlukan tindakan segera tetapi
bijaksana yakni mestilah berdasarkan langkah-langkah sistematik
yang dapat mengembalikan kefungsian manusia. Justeru, individu
yang dalam krisis perlu diberikan sokongan dan bantuan agar dia
mampu mengurus aktiviti hariannya. Apa yang dimaksudkan dengan
istilah krisis? Apakah jenis-jenis krisis yang biasa terjadi dalam
masyarakat kita? Apakah tanda-tanda yang boleh dikesan untuk
mengenal pasti seseorang itu sedang dalam krisis? Bagaimana caranya
untuk menguruskan krisis dengan berkesan? Kesemua persoalan ini
akan cuba dikupas dalam buku ini. Buku ini wajar dijadikan bahan
bacaan umum bagi individu yang ingin memahami fenomena
krisis dan situasi krisis. Pelajar kaunseling, kaunselor profesional,
dan pendidik kaunselor boleh juga beroleh manfaat dari buku ini
kerana ia merupakan rujukan ilmiah pantas untuk mengenali apa itu
krisis dan bagaimana memberikan bantuan kepada individu yang
sedang dilanda krisis. Besarlah harapan penulis agar setiap pembaca
memperolehi ilmu dan kemahiran yang tepat dalam memahami dan
menguruskan krisis yang melanda diri sendiri, ahli keluarga, rakan
taulan dan ahli komuniti.
Kenali krisis; Uruskan krisis dengan bijaksana!
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: