Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini melihat isu-isu yang berkaitan pekerja Indonesia dalam fasa
kemasukan dan selepas migrasi ke Malaysia secara menyeluruh. Rentetan
sejarah kemasukan pekerja Indonesia yang begitu lama harus difahami
supaya pembentukan dasar dan polisi dapat dirangka berdasarkan keperluan
tenaga kerja dan kepentingan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan
Indonesia. Ini adalah penting kerana kebergantungan terhadap pekerja asing
dijangka akan berterusan memandangkan tuntutan terhadap keperluan tenaga
kerja berkemahiran rendah masih lagi tinggi. Hubungan dua hala yang harmoni
dalam pengurusan pekerja asing pasti akan memberikan kesan yang baik kepada
perkembangan ekonomi dan politik di antara Malaysia dan negara pembekal
tenaga kerja. Kerjasama dan hubungan yang baik pasti akan membawa impak
yang positif kepada rantau ASEAN. Artikel yang dimuatkan berasaskan data
empirikal meliputi pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini juga
mengguna-pakai teori-teori migrasi yang telah menjadi rujukan utama dalam
kebanyakan kajian migrasi antarabangsa sebelum ini. Kesinambungan kajian
ini meliputi tema-tema berkaitan jaringan sosial, aspek ekonomi, keagamaan,
geopolitik, gender, hak asasi kanak-kanak dan aspek dasar dan polisi pengurusan
migrasi antarabangsa di Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: