Buku ini merungkai krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza sejak tahun
2006 selepas Hamas memenangi pilihan raya pertama di Gaza pada tahun
tersebut. Akibatnya, negara-negara Barat memutuskan hubungan dengan
Gaza manakala Israel mengeksploitasi keadaan ini dengan mengepung Gaza
dari semua arah. Ini mencetuskan krisis kemanusiaan yang hebat di Gaza.
Buku ini memaparkan kaedah pengurusan misi bantuan kemanusiaan
yang dibuat dalam skala besar yang melibatkan sukarelawan dari pelbagai
negara dan latar belakang sosial. Para pembaca didedahkan dengan beberapa
pandangan terhadap perbezaan antara misi bantuan kemanusiaan yang
dibawa oleh Freedom Flotilla dengan misi yang lain di samping
memperlihatkan bagaimana kelainan yang dibawa oleh misi bantuan ini
dapat membantu Gaza dari pelbagai aspek.
Kejayaan misi-misi kemanusiaan pada tahun-tahun sebelumnya
membawa kepada penganjuran misi Freedom Flotilla Marvi Marmara yang
melibatkan kerjasama beberapa negara dengan diketuai oleh sebuah NGO
Turki pada tahun 2010. Namun, Israel memperlihatkan keangkuhannya
dengan menyerang kapal yang membawa bantuan sehingga menyebabkan
berlakunya kematian sukarelawan. Ia mendapat liputan antarabangsa
manakala Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel pada masa
itu. Terdapat juga rakyat Malaysia yang menyertai misi Marvi Marmara ini.
Mereka pulang ke negara dengan diberi sambutan sebagai wira kerana
keberanian menghadapi risiko ketika menyertai misi tersebut.
Buku ini membincangkan bentuk pengurusan misi bantuan
kemanusiaan Freedom Flotilla dalam mengendalikan operasi dan cabarannya,
terutama dalam berhadapan serangan Israel.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: