Globalisasi dan faedah daripada perkembangan teknologi
maklumat telah digunakan oleh pelbagai pihak bagi
mengembangkan dan mengukuhkan pegangan agama dan
ideologi politik masing-masing. Dalam situasi seumpama
inilah pelbagai karya yang ditulis oleh ahli-ahli falsafah politik Islam
banyak diketengahkan ke persada antarabangsa. Sungguhpun begitu,
rata-rata tulisan yang ada hanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris
dan bahasa Arab, dan ia tentunya menyukarkan kumpulan yang hanya
mahir satu bahasa sahaja seperti bahasa Melayu, bahasa yang setidaktidaknya
masih menjadi lingua franca di Nusantara. Buku ini mengangkat
idea-idea falsafah politik Islam dari sudut pandangan beberapa tokoh
cendekiawan Muslim yang merangkumi cendekiawan dari pelbagai
aliran, kebanyakannya dari Ahli Sunnah wal Jamaah dan beberapa dari
aliran Syiah. Seramai 12 cendekiawan Islam diulas buah fikiran mereka
masing-masing, bukan sahaja dari segi akidah dan teologinya, bahkan
yang lebih khusus berkaitan dimensi politik atau siyasahnya. Dua belas
tokoh yang dimaksudkan ialah al-Farabi, Ibnu Sina, al-Mawardi, al-Ghazali,
Ibnu Rusyd, al-Tusi, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Khaldun, al-Majlisi, Shah
Waliullah, al-Tunisi dan al-Fathani. Selain daripada pertimbangan aliran
akidah dan politik tokoh-tokoh cendekiawan yang dihuraikan dalam buku
ini, pertimbangan dari segi lingkungan kuasa pemerintahan (yang mana
tokoh-tokoh berkenaan, sama ada secara langsung atau tidak, mendapat
naungan politik) juga diambil kira dalam buku ini. Lingkungan kuasa
politik yang dimaksudkan di sini termasuklah semasa pemerintahan Bani
Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, Dinasti Safavid, Dinasti Mughal serta
kuasa pemerintahan Kesultanan Melayu di Nusantara. Diharapkan buku
ini dapat menambah khazanah penulisan dalam bahasa Melayu yang
cuba memudahkan huraian tentang isu-isu abstrak kepada pembacanya
seperti persoalan akidah dan falsafah Islam, khususnya akidah dan
falsafah politik tokoh-tokoh Islam.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: