Prestasi buruh binaan serta hubungan dengan kualiti
sesebuah projek yang dihasilkan adalah penting bagi
mencapai kualiti bangunan tanpa kecacatan dengan
kos keseluruhan pembinaan yang berpatutan serta dapat
disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Umumnya terdapat
tiga kategori buruh dalam industri pembinaan iaitu, buruh am,
separa mahir dan mahir. Buku ini secara umumnya memberi
makluman berkenaan jenis buruh yang terdapat dalam industri
pembinaan serta isu dan cabaran berkenaan pengurusan
buruh di negara ini. Antara isu yang kritikal adalah mengenai
bekalan tenaga buruh tempatan yang sangat kurang serta
kebanjiran buruh asing bagi mengisi kekosongan ini, yang jika
tidak diurus dan dipantau dengan bijaksana, mungkin akan
mewujudkan masalah sampingan lain seperti masalah sosial
serta ekonomi. Pengiraan produktiviti buruh diperkenalkan
dengan menggunakan Model Ekonomi, Projek Khusus dan yang
berorientasikan aktiviti. Faktor yang mempengaruhi produktif
buruh juga dibincangkan dengan terperinci. Pendekatan buku
ini berdasarkan maklumat penyelidikan teori dan praktikal.
Ia diharap dapat memberi maklumat serta kesedaran kepada
pembaca, terutamanya yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan buruh binaan di Malaysia.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: