Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Sejak tahun 2008, Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggesa supaya
pada abad ke-21, semua negara dan masyarakat samada di
kawasan yang daif atau di mana-mana kawasan di dunia harus
membangunkan teknologi dengan menampilkan kreativiti dalam
ekonomi dan budaya. Para pengkaji bidang ekonomi, media dan
budaya mengakui bahawa industri budaya adalah salah satu sektor
ekonomi yang penting yang menyumbang kepada Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK) di negara-negara maju.
Buku ini memaparkan perkembangan industri budaya tiga buah
negara di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan negara
Korea Selatan. Bab-bab tentang Korea Selatan menunjukkan bahawa
negara itu mempunyai persediaan yang sistematik terutamanya
dengan penggubalan dasar kerajaan yang diperkenalkan selaras
dengan perkembangan arus globalisasi yang membawa impak
terhadap beberapa sektor industri pada awal tahun 2000 sehingga
kini. Negara-negara Asia Tenggara menyedari bahawa industri budaya
dan kreatif tidak dapat tumbuh segar tanpa sumbangan daripada
golongan kreatif serta persekitaran yang menjadi platform subur
yang memperkembangkan dan menghidupkan industri ini. Dengan
memberikan tumpuan kepada kepentingan ekonomi kreatif dalam era
global, buku ini menghuraikan perkembangan industri budaya dan
menyediakan fakta dan perangkaan ekonomi kreatif keempat-empat
negara yang terlibat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: