Penyelidikan sains sosial umumnya melibatkan gelagat
manusia dalam kelompok masyarakatnya. Walaupun pada
asasnya pengkaji boleh memerhati dan menilai gelagat
manusia tadi menggunakan pelbagai metod kajian dan
disahkan pula dengan analisis statistik, bagaimanapun adakalanya
dapatan tadi menyimpang kerana banyak isu bias dan ralat yang
berlaku. Buku ini, tidak seperti kebanyakan buku pengantar
metodologi lain, cuba membawa pembaca dengan perspektif baru
mengenai bagaimana kajian yang baik tidak hanya bergantung
kepada topik penelitian yang bermanfaat, tetapi mestilah disandarkan
kepada usaha mengelak bias yang sering berlaku dalam penyelidikan
yang adakalanya tidak disedari oleh penyelidik. Beberapa aspek
baru yang jarang dihuraikan dalam buku metodologi penyelidikan
tempatan misalnya longitudinal, kaedah kajian pelbagai tahap, kajian
diari dan juga common method variance cuba diperkenalkan oleh
penulis. Ia dihuraikan dengan bahasa yang mudah serta contohcontoh
yang relevan agar dapat difahami oleh penyelidik yang
baru berjinak-jinak dengan penelitian ilmu sains sosial. Buku ini
boleh dijadikan panduan oleh ahli akademik, penyelidik dan pelajar
universiti untuk memahami apakah sebenarnya sifat kajian berkualiti
yang tidak hanya bergantung kepada topik yang baik, tetapi metod
yang diguna pakai mestilah relevan dengan konteks kajian itu.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: