Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan tradisi yang telah lama
diasaskan atas nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa atau leluhur yang sama.
Malah, kedua-dua negara yang merupakan sumbu Dunia Melayu pada suatu
ketika dahulu mempunyai persamaan dari sudut adat, agama, bahasa, cara
hidup dan budaya yang pernah dikongsi bersama. Namun sejak akhir-akhir ini,
hubungan antara Malaysia dan Indonesia sering kali mengalami pasang surut
dalam menghadapi cabaran pelbagai peringkat. Hal ini adalah disebabkan oleh
kurangnya pemahaman dan pendedahan terhadap sejarah hubungan serumpun
yang pernah dibina bersama. Oleh itu, buku ini dihasilkan dalam usaha untuk
membincang dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam pelbagai
aspek seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiobudaya dan sebagainya dari dahulu
hingga ke hari ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan semula semangat
keserumpunan yang pernah dibina suatu ketika dahulu.
Buku Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia
yang mengandungi 20 bab ini menyentuh tentang beberapa aspek
keserumpunan antara Malaysia-Indonesia. Buku ini disusun berdasarkan
tematik-kronologi yang meliputi asal usul terbinanya hubungan awal antara
kerajaan-kerajaan Melayu, aspek politik, ekonomi, agama dan sosial
termasuk isu kontemporari yang boleh dijadikan panduan kepada para
pembaca hari ini. Semoga segala ilmu yang terkandung dalam buku ini
dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kedua-dua buah negara seterusnya
memperkayakan lagi tradisi keilmuan di Malaysia dan Indonesia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: