Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini memancarkan isu-isu sosiopolitik Sarawak yang terus
bergema dengan semangat zaman seawal tahun 2005 hingga
berlangsungnya pilihan raya negeri Sarawak ke-10. Detik
tersebut ialah pada akhir era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud
yang terkenal dengan agenda politik pembangunan. Pemerintahan 33
tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak pula mempunyai idionsinkrasi yang
tersendiri dan menarik untuk diteliti.


Pada masa yang sama, isu-isu dalaman komponen Barisan Nasional
Negeri Sarawak seperti konflik dalaman SUPP, SPDP, PRS turut diberikan
perhatian kerana apabila isu-isu ini tidak ditangani dengan baik maka
akan timbul perpecahan yang sudah dapat dijangka dalam analisis ini.
Isu-isu dalam parti politik sendiri seperti penjenamaan politik, konstruksi
politik cool, menegakkan hal asasi menerusi undi, kemiskinan bandaran,
kesedaran politik baharu, media baharu dan implikasi kepada politik
semasa, debat politik dan politik debat, memahami budaya politik
tempatan kesemuanya diberikan perhatian oleh penulis. Sementelahan itu,
perjuangan parti mengekalkan kerelevanan pada zaman semasa juga turut
dianalisis bagi memberikan pencerahan terhadap situasi politik Sarawak
khususnya dan kesannya terhadap politik Malaysia.


Politik di Putrajaya juga dianalisis kerana situasi politik pusat mempunyai
kepentingan tertentu terhadap politik di negeri Sarawak mahupun di
Sabah. Kesemua ini dianalisis secara mikro dan permasalahan yang
berlaku sebelum jalan penyelesaian dicapai turut dikemukakan. Hampir
semua yang dianalisis dan diramalkan didapati tepat dan benar-benar
berlaku. Buku ini penting dalam usaha menganalisis situasi pada
era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud agar dapat memahami
kesinambungan era pemerintahan seterusnya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: