Buku yang dikenali sebagai, ‘Jati Diri: Pembinaan dan Pemantapan’ ini
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan skil
dan motivasi dalam persediaan menghadapi cabaran pembelajaran di
kampus. Pada dasarnya buku ini akan menjadi buku rujukan pelajarpelajar
yang mengikuti kursus persediaan di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
(PASUM). Walau bagaimanapun ia juga boleh digunakan sebagai rujukan di pusatpusat
asasi institusi lain, di kolej-kolej matrikulasi seluruh Malaysia atau penuntutpenuntut
STPM. Buku ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar membina dan
memantapkan lagi jati diri yang diamalkan sebelum ini untuk menjalani kehidupan
di kampus dengan lebih berkesan dan terkawal. Dengan mengamalkan jati diri
yang betul, pelajar akan lebih bersedia apabila berhadapan dengan cabaran
pembelajaran di kelas atau kuliah. Selain itu, ia mampu menangani masalah
hubungan dengan rakan sebaya dan juga pensyarah.
Oleh yang demikian, sebuah buku rujukan yang komprehensif dan berkesan
diperkenalkan. Buku ini ditulis dan disusun dengan merujuk penulisan-penulisan
pakar dan sarjana serta hasil tinjauan, pengalaman dan idea penulis. Antara tajuk
penulisan yang dipilih sebagai rujukan dalam usaha memantapkan lagi amalan
jati diri pelajar ke arah yang positif dan baik ialah persediaan sebelum belajar,
aspek pemantapan skil, aspek motivasi dan cara menangani dan mengurus
stres. Aspek pemantapan skil merangkumi pemantapan dari segi skil mengambil
nota, belajar secara berkumpulan, pengurusan masa dan pengurusan diri. Aspek
motivasi pula merangkumi pemantapan dari segi nilai peribadi yang positif, sikap
ingin membantu, kesediaan untuk berubah, cara bagaimana menilai kelemahan
dan kekuatan diri dan cara bagaimana membentuk imej yang positif. Topik
tambahan iaitu Komunikasi yang berkesan dan unsur-unsur jati diri dan budaya
positif masyarakat Jepun juga dimuatkan dalam buku ini memandangkan mereka
merupakan salah satu bangsa yang menjaga nilai jati diri walau di mana mereka
berada. Secara ringkas, buku ini ditulis untuk membantu pelajar memahami dan
mengamalkan nilai jati diri yang boleh dicontohi.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: