Malaysia bukan sahaja menghadapi ancaman komunis pada zaman darurat (1948-1960), tetapi masalah ancaman komunis masih berterusan selepas negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1968, Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil keputusan untuk melancarkan semula usaha merampas kuasa di Semenanjung Tanah Melayu. Setelah menyusup masuk ke Semenanjung dari selatan Thailand, PKM melancarkan kebangkitan semula perjuangan bersenjata terhadap rakyat, anggota keselamatan dan kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, hasrat dan tindakan PKM itu sudah disedari oleh pihak kerajaan. Justeru, kerajaan mengatur dan menjalankan pelbagai langkah untuk menghapuskan gerakan komunis dan menangani bahaya ancaman komunis kepada keselamatan negara. Permasalahan komunis di Semenanjung Tanah Melayu berakhir apabila perjanjian perdamaian dimeterai di Hat Yai, Thailand pada 2 Disember 1989 antara pihak kerajaan dengan PKM. Perjuangan PKM yang mengambil masa panjang itu merupakan suatu ancaman kepada keselamatan negara, namun masalah komunis akhirnya dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat, kerajaan serta pembangunan negara.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: