Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Integriti Institusi Sosial ini mengupas isu‐isu kritikal dan melontarkan idea yang releven dengan perubahan dan cabaran yang sedang dihadapi oleh institusi sosial seperti keluarga, sekolah, masyarakat, agama dan negara masa kini. Perubahan dan perkembangan tidak dapat dielakkan berikutan pengaruh perkembangan sosial, ekonomi, politik, globalisasi dan liberalisasi dalam kehidupan manusia membawa kesan positif dan negatif kepada fungsi dan peranan institusi sosial. Seiring dengan perubahan dan perkembangan yang melanda, memerlukan perubahan paradigm baharu dalam memantapkan dan meningkatkan resilensi institusi sosial. Malaysia, sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, perlu bersifat dinamik dan sentiasa terbuka kepada segala perubahan yang mendatang. Dalam banyak perkara, perubahan dan kemajuan yang berlaku memerlukan usaha dan strategi berkesan kearah memantapkan integriti institusi sosial yang sentiasa tercabar dan semakin terhakis berikutan timbulnya konflik dan krisis sosial yang datang bersama‐sama perubahan zaman. Kemampuan institusi sosial untuk terus kekal dengan integritinya bergantung pada keupayaan masyarakatnya menyerap perubahan positif dan mengukuhkan resiliensinya terhadap unsur negatif. Masyarakat yang berintegriti tinggi sanggup mempertahan nilai‐nilai murni, etika dan moral yang dipegang. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan para pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang kajian sosial, para pengkaji dasar sosial, pembuat dasar sosial, dan masyarakat umum yang merupakan sebahagian daripada institusi sosial itu seperti guru, ibu bapa, pemimpin agama dan pemimpin masyarakat di semua peringkat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: