Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini menganalisis kepentingan proses penilaian keperluan dalam pelaksanaan program pembangunan komuniti. Tujuannya untuk mendedahkan kepada para penggerak pembangunan komuniti yang terbabti dengan proses dan ciri-ciri penilaian keperluan sesebuah program pembangunan komuniti. Di bahagian awal perbincangan berkisar kepada kepentingan pelaksanaan penilaian keperluan dalam pembangunan komuniti. Seterusnya mengutarakan konsep pembangunan komuniti dan penilaian program yang menjadi teras agen perubahan sebagai penggerak atau pekerja komuniti yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu program. Kumpulan penggerak inilah yang melaksanakan penilaian keperluan sekali gus menentukan pencapaian pambangunan dapat dicapai. Dalam memastikan hasrat pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan segala aspek penilaian diambil kira meliputi profil kawasan, masyarakat setempat, program yang sesuai dan pelaksanaan pendekatan "bawah-atas" serta analisis jurang dalam pencapaian perkhidmatan sepunya pembangunan komuniti.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: