Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini merupakan lontaran fikiran generasi baharu untuk menyelongkar persoalan zaman: Quo Vadis, Malaysia? Dalam lontaran kritis tersebut–sama ada secara keras, halus mahupun sindiran–mereka mengajukan reformasi struktur menerusi tema-tema seperti sejarah, ingatan, trauma, tradisi, identiti, demokrasi, ketakpatuhan warga dan ruang awam. Kesemua tema ini terangkum dalam wacana kebudayaan yang mempunyai kuasa yang tersendiri dalam mengubah trajektori masyarakat dan negara.


Arus Bawah sebagai konsep perubahan masyarakat membuatkan buku ini istimewa, selain menginspirasikan gerakan kerakyatan!
– Syed Husin Ali, Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat (PSR)


Karangan para pelakon sosial ini menyerlahkan dinamika masyarakat Malaysia dari perspektif everyday-defined, biar pun setiap pemerhatiannya beracuankan authority-defined.
Jarang sekali tulisan seperti ini ditemui dalam Pengajian Malaysia, kecuali buku Weapons of the Weak (1985) oleh James C. Scott dan Paya Jejawi (1992) oleh Mohamed Salleh Lamry.
– Shamsul A.B., Profesor Ulung, Institut Kajian Etnik (KITA),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Koleksi yang sangat mengujakan, sekali gus menandakan kemunculan generasi baharu aktivis-sarjana di Malaysia. Setiap tulisannya sarat kefasihan teori dan kerincian empirikal yang dibingkai dengan cemerlang.
– Diana Wong, Profesor Penyelidik, New Era University College


Buku yang mencabar pemikiran tentang budaya di Malaysia. Kandungannya pasti akan mencetuskan pandangan baharu.
– Jomo K.S., Profesor Emeritus, Universiti Malaya (UM)


Gerakan kebudayaan di belahan Global Selatan sebahagiannya melawan fasisme, kolonialisme dan kapitalisme. Karya ini hadir tepat masanya dengan membekalkan fikiran dan harapan dalam menongkah gelora perlawanan tersebut.
– Azhar Ibrahim, Pensyarah Kanan,
Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore (NUS)

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: