Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Integriti dan Antirasuah merupakan rujukan utama bagi Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang ditawarkan di pelbagai institusi pengajian tinggi serta bertujuan untuk pendidikan masyarakat secara umumnya. Penawaran KIAR adalah hasil kolaborasi antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai wahana menerapkan kerangka pemikiran kritikal dan analitikal berbentuk wacana integriti dan antirasuah; sebagai persediaan menangani dinamika cabaran kehidupan berlandaskan etika. Buku ini mengandungi perbahasan topik yang telah dikupas secara terperinci berdasarkan silibus KIAR berserta penambahan input yang signifikan oleh para penulis melalui sorotan literatur dan perbincangan bersama. Naratif dominan buku ini adalah mengutarakan perbincangan berkaitan nilai integriti dan usaha antirasuah serta ancaman terhadap akauntabiliti di peringkat individu, sektor awam mahupun swasta. Justeru, buku ini memberikan horizon perbincangan tentang amalan etika sebagai landasan utama dalam membentuk masyarakat yang beretika, integriti tinggi dan antirasuah. Oleh itu, aplikasi dan implikasi daripada prinsip integriti dan antirasuah menzahirkan perilaku bertanggungjawab yang merupakan wadah pembentukan dan pemupukan sikap warganegara yang patriotik.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: