Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Pendidikan Moral sudah bertapak selama lebih empat dekad dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tetapi masih belum ada satu sistem yang mantap untuk memastikan guru subjek Pendidikan Moral dilantik berdasarkan latihan profesional
formal yang mereka terima sebelum layak mengajar subjek kemanusiaan tersebut.

Dalam abad ke-21 ini, subjek Pendidikan Moral menjadi semakin kompleks untuk diajar disebabkan oleh ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan. Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral semakin penting disebabkan oleh kompleksnya era semasa. Setiap individu dalam sistem pendidikan kita seperti ibubapa, guru, masyarakat lokal dan masyarakat global memainkan peranan yang penting untuk memastikan generasi akan datang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya dalam menghadapi kehidupan yang semakin kompleks.

Buku ini diharapkan dapat membantu guru Pendidikan Moral khasnya dan semua pihak yang mengutamakan kemanusiaan untuk menghadapi cabaran dan peluang mengajar subjek Pendidikan Moral. Ini akan membantu pelajar menjadi insan menyeluruh dan mencapai matlamat hidup yang bermoral serta diterima masyarakat kepelbagaian budaya, tempatan mahupun antarabangsa.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: