Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) termasuklah aspek kritikal,
kreatif, logikal, metakognisi dan refleksi yang mendalam. KBAT
diaktifkan apabila individu berhadapan dengan masalah yang
luar biasa, ketidaktentuan seperti pandemik COVID-19, pelbagai
soalan yang tidak terjawab dan dilema moral harian yang berterusan.
Kejayaan KBAT bergantung kepada kebolehan seseorang
individu mengaplikasi, menstruktur semula dan mengguna pakai
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam konteks pemikiran.
Buku ini bertujuan untuk membantu semua pihak yang berminat
dalam pengajaran KBAT secara formal dan informal. Sehubungan itu,
pelbagai strategi pengajaran dan persekitaran pembelajaran yang
membantu pertumbuhan KBAT dibincangkan dalam buku ini.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: