Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Pendidikan Akhlak : Analisis dan Reka Bentuk Kurkulum ini ditulis secara komprehensif
dengan pendekatan bahasa yang ilmiah. Terdapat 9 sub-topik yang membicarakan komponen
pendidikan akhlak dari aspek falsafah pendidikan aklhak, Rasulallah saw sebagai qudwah
hasanah, analisis terperinci akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah serta cara dan faktor
dalam mendidik akhlak, Ruang lingkup pendidikan akhlak di Malaysia juga dikupas dengan
melihat peranan guru disamping cadangan keperluan bentuk kurikulum aklhlak yang
merentas bidang dalam disiplin pengajian Islam.
Perbincangan analitikal dan kritis terhadap komponen pendidikan akhlak menjadikan
buku ini wajar dijadikan rujukan asas bagi membantu para pelajar, pendidik, golongan
sarjana, para penyelidik dan masyarakat awam memahami dengan lebih jelas tentang konsep
pendidikan akhlak.
Penulis telah membuat analisis sifat mahmudah dan sifat mazmumah dengan huraian dan
hujah yang antentik beserta contoh yang sesuai. Variasi sifat-sifat ini dikaitkan dengan ayat-ayat
suci Al Quran bagi penjelasan yang lebih luas dan relevan. Tips bagaimana untuk mendidik
akhlak perlu dijadikan panduan bagi membina masyarakat beretika dan berjiwa murni.
Diharapkan dengan terbitnya buku ini, manfaatnya dapat dikongsi bersama dengan
para guru dan pendidik, para ibu bapa, pemimpin masyarakat, ahli akademik, para penyelidik
dan pelajar amnya. Semoga bidang ilmu pendidikan akhlak juga dapat dikupas dengan lebih
mendalam pada penyelidikan akan datang.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: