Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini berkaitan penyelidikan kualitatif dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Ia dihasilkan sebagai panduan komprehensif untuk pelajar pascaijazah yang menjalankan penyelidikan, menganalisis data kualitatif, dan menulis disertasi sarjana dan tesis doktor falsafah. Huraian dan perbincangan dipapar secara terperinci mengenai kerangka teori; isu dan masalah; kaedah penyelidikan yang sahih dan tinggi kebolehpercayaannya; analisis data kualitatif secara bertema dan sistematik; pembentangan dan persembahan dapatan kajian; serta rumusan dan implikasi kajian. Selain itu, buku ini turut mengutarakan fenomena kecelaruan dalam proses perubahan terancang dan proses pelaksanaan dasar pembestarian sekolah. Hasil kajian dipersembahkan daripada analisis data kualitiatif menggunakan program NVivo. Kajian buku ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen berkaitan pembestarian sekolah. Data yang diperoleh kemudiannya dikodkan dan ditemakan menggunakan teori pancang asas berdasarkan data lapangan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: