Buku ini menyajikan hal-hal yang yang menarik sebagai hasil kajian yang mendalam
tentang kewujudan tari Minangkabau yang bermula dari kegiatan pancak sebagai ilmu
bela diri orang Minangkabau sehingga menjadi asas kepada pergerakan tari yang
memanifestasikan budaya Minangkabau.
Uniknya, kegiatan pancak secara tradisionalnya merupakan aktiviti kaum lelaki
Minangkabau. Tetapi kemudian menjadi Tari Minangkabau malah dikuasai pula oleh
kaum perempuan sehingga masa kini.
Hoerijah Adam, koreografer yang pertama kali mencipta tari Minangkabau
berdasarkan usaha hibriditi itu. Pada masa yang sama, Syofyani Yusaf, koreografer
seangkatan dengan Hoerijah Adam, turut melakukan penciptaan tari baru berdasarkan
usaha hibriditi. Manakala pada dekad selanjutnya, Gusmiati Suid, muncul sebagai
koreografer yang memperkasakan kewujudan seni tari Minangkabau di pentas tari dunia
berdasarkan eksplorasi pergerakan pancak.
Buku ini tidak hanya penting dari segi penemuan yang menarik, tetapi juga
mengandungi informasi yang kaya tentang perkembangan tari Minangkabau yang
dipelihara sebagai tari tradisi di kampung-kampung orang Minangkabau dan sebagai
tari persembahan yang menampilkan budaya Minangkabau masa kini.
Bagi masyarakat Minangkabau, proses hibriditi di dalam bidang tari persembahan
dianggap sebagai hal yang baik kerana dapat membuka peluang baru kepada
peminatnya untuk mencapai prestasi di bidang tari persembahan. Dengan itu,
masyarakat Minangkabau dapat menerimanya sebagai mana mereka menerima sesuatu
perubahan ibarat pepatahnya “sakali aie gadang, sakali tapian barubah”.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: