Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Penerbitan buku Adat Melayu Serumpun ini amat bermakna kerana selama ini buku yang merangkumi perihal Adat Rumpun Melayu belum pernah diterbitkan untuk tatapan dan bacaan umum. Begitu juga pertemuan pemimpin dan sarjana dalam bidang Adat Melayu tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Adat Melayu Serantau pada tahun 1996 sempena menyambut 600 Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah dan ulang tahun ke-10 Muzium Budaya. 
    Hasil daripada seminar tersebut, dua puluh kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh dan sarjana berwibawa di Dunia Melayu serta empat lagi tulisan penyelidikan tentang adat perkahwinan yang kemudiannya dimuatkan dalam buku ini. Sebagai memudahkan pembacaan dan pemahaman, buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; 
Bahagian I - Konsep dan Tafsiran adat; 
Bahagian II - Amalan Adat Rumpun Melayu; dan 
Bahagian III - Adat Perkahwinan. 

Diharapkan agar buku Adat Melayu Serumpun ini menjadi rujukan dan panduan di kalangan ketua kampung atau datuk sidang penghulu menjalankan tugas sebagai ketua adat, para sarjana, pemimpin, guru serta generasi muda yang bakal mewarisi khazanah seni budaya yang sangat tinggi nilainya di sepanjang zaman. Gunakanlah warisan Adat Melayu ini sebagai pewaris jati diri bangsa Melayu yang bertamadun.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: