Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Biografi Akademik Nik Safiah Karim: Menyusur Gemilang Bahasa Melayu terbitan Penerbit Universiti Malaya (UM Press) ini merupakan sebuah penerbitan buku yang julung-julung kalinya memperincikan biografi dan ulasan karya akademik dan buku-buku yang dihasilkan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang dimuatkan dalam satu buku. Sebelum ini, belum pernah ada penerbitan yang memuatkan analisis berkaitan buku-buku akademik beliau.
Buku ini terbahagi kepada lima bab mengikut bidang yang ada dalam kajian bahasa. Bermula dengan bab tentang biografi Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim secara ringkas, seterusnya bab mengenai Teori Bahasa, Tatabahasa Bahasa Melayu, Sosiolinguistik, Perkamusan serta Epilog.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji bahasa yang berminat untuk memahami dan mendalami Teori Bahasa Melayu dan juga mengkaji hasil penulisan tokoh bahasa. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat terhadap kajian biografi tokoh bahasa dan kajian bahasa.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: