Buku Biografi Politik Tun Sambanthan ini adalah usaha awal untuk meng-hasilkan penulisan yang menyeluruh terhadap Tun Sambanthan. Buku ini memfokus kepada peranan Tun Sambanthan sebagai Presiden MIC dan Menteri dalam Kerajaan Perikatan serta usaha-usahanya dalam pembangunan politik dan kemajuan negara.
Di antara persoalan yang akan dibincangkan dalam buku ini adalah peranan yang dimainkan oleh Tun Sambanthan sebagai pemimpin orang India (Presiden MIC) dan wakil orang India dalam pentadbiran negara (Menteri) dalam pembangunan politik dan kemajuan orang India di Malaysia. Tempoh yang disentuh ialah antara 1919 hingga 1974 yang merangkumi waktu kelahiran Tun Sambanthan hingga persaraannya daripada politik tanah air.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: