Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

BUKU INI mengandungi 22 buah esei menarik tentang hubungan antara agama, sains, teknologi dan kesenian dalam berbagai-bagai tamadun manusia sebelum zaman moden. Tajuk-tajuk yang dikupasnya sangat sesuai untuk dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama sekali para ilmuan dan mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi. Kursus-kursus seperti sejarah sains dan teknologi dan sejarah kesenian boleh mendapat berbagai-bagai jenis maklumat yang berguna daripada buku ini. Mereka yang berminat dengan falsafah sains dan falsafah ilmu pada umumnya akan berpeluang menatap gambaran keeratan dan keakraban hubungan yang mewakili berbagai-bagai era, bangsa dan agama. Esei-esei ini juga kurang pentingnya bagi kalangan yang ingin mencari titik-titik pertemuan antara sains dan kesenian. Mereka yang berminat dengan perbandingan agama dan kerohanian, perbandingan kosmologi dan perbandingan kesenian pasti tertarik dengan perbezaan-perbezaan yang memisahkan antara satu agama (atau kosmologi atau kesenia) dengan yang lain dan juga persamaan-persamaan yang menyatukan kesemuanya. Demikianlah antara manfaat-manfaat yang boleh didapati daripada buku ini.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: