TRADISI Noh sebagai teater tradisi Jepun bertapak dengan kukuh kerana ada skrip khusus yang tumpuannya kepada drama Noh. Kini terdapat sejumlah 240 cerita drama Noh. Drama-drama Noh boleh didapati dalam bentuk senario, iaitu buku kecil skrip cerita tertentu lengkap dengan penerangan mengikut kostum, set, bahagian-bahagian yang elok untuk dibawa cara maibayasyi atau syimai, dan dibiasai dengan lukisan sketsa watak-watak pentingnya. Senario ini mempunyai jalan cerita bentuk dialog watak atau korus dan dilengkapi dengan olahan rima dan arahan muzik. Buku ini memaparkan pengalaman peribadi penulis di Jepun dalam penyelidikannya terhadap seni persembahan Noh. Diharapkan penulisan ini dapat membantu pembaca menikmati seni tradisi Jepun ini
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: