Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

BUKU Statik Asas, Mekanik Pepejal dan Keelastikan ini merupakan gabungan dan tambahan (supplement) kepada buku Asas Mekanik Pepejal dan buku Mekanik Pepejal dan Reka Bentuk Mekanik. Berbanding buku-buku tersebut, buku ini bertujuan memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang tajuk-tajuk pre-cursor kepada reka bentuk mekanik. 
    Walaupun menggunakan gaya yang sama, buku ini menggabungkan kebanyakkan tajuk supaya membantu pemahaman para jurutera mekanik seperti tentang tool-kit yang digunakan dalam senggaraan. Contohnya perbincangan tentang pendekatan mekanik pepejal digabungkan dengan pendekatan keelastikan. Namun ada juga tajuk tetentu yang dibina daripada mekanik asas seperti Bab 1. Kandungan buku ini tentang analisis tegasan tanpa membuat terlalu banyak ulasan yang diperlukan untuk struktur dan reka bentuk mekanik yang sepatutnya dipenuhi oleh sambungan (sequel) teks ini melalui projek akan datang. 
    Turut dikemukakan lampiran yang mengandungi pelbagai tajuk yang melibatkan mekanik asas dan matematik sebagai latar belakang kepada isi kandungan teras. Namun isi kandungan teras ini tidak terpesong daripada analisis tegasan walaupun wujud tajuk precursor seperti statik dan tajuk pengenalan kepada keelastikan dan keretakan yang merupakan tajuk peluasan (extension). Selain itu buku ini ditulis bertujuan memenuhi perantaraan teori mekanik dan reka bentuk mekanik pada peringkat lebih tinggi. Hal ini sangat dikehendaki bagi mengeluarkan barangan lebih canggih dari segi reka bentuk mekaniknya. Ini sejajar dengan silibus moden kejuruteraan mekanik yang terkini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: